Wednesday 18 May 2011

Yakin pulih menjelang Terbuka AS (18/05/2011)

NEW YORK: Tiger Woods berkata dia tidak mengalami sebarang masalah kecederaan baru pada lutut kirinya ketika menyertai Kejohanan Players dan menjangkakan akan kembali pulih pada Terbuka AS bulan depan, kejohanan utama kedua tahun ini. 

Begitupun, Woods yang terhincut-hincut keluar dari lapangan TPC Sawgrass di Ponte Vedra Beach, Florida minggu lalu kerana ketegangan ringan pada lutut kirinya dan tendon Achilles kiri.


“Memburukkan lagi kecederaan pasti akan mengecewakan saya,” kata Woods pada laman webnya. “Saya akan melakukan segala-galanya untuk beraksi dalam Terbuka AS dan berharap saya dapat berada di sana untuk mengambil bahagian.”


Juara major 14 kali itu tidak memberikan tarikh bila dia akan kembali pulih tetapi keadaannya diragui untuk beraksi pada kejohanan Memorial, 2-5 Jun ini kerana dia perlu menjalani rawatan pemulihan dan memberi tumpuan menguatkan kakinya. 

Terbuka AS 16-19 Jun depan akan dilangsungkan di Congressional Country Club di Bethesda, Maryland. – Reuters 

No comments:

Post a Comment