Monday 16 May 2011

Kuasai MotoGP Le Mans (16/05/2011)

LE MANS: Jaguh Australia, Casey Stoner bangkit dari permulaan goyah sebelum cemerlang merangkul kemenangan keduanya pada perlumbaan MotoGP musim ini yang turut mencipta kejayaan berganda 1-2 pasukan Repsol Honda di Litar Le Mans Perancis, semalam. 

Stoner yang bermula di petak pertama buat kali ketiga musim ini, meninggalkan rakan sepasukan dari Itali, Andrea Dovizisio manakala juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi, ketiga yang juga kejayaan podium pertama selepas beralih angin kepada Ducati.


Bekas juara dunia 2007, Stoner memulakan perlumbaan agak goyah apabila serta merta dipintas rakan sepasukan, Dani Pedrosa sebelum kembali memintas yang menyaksikan pertarungan tempat kedua antara Pedrosa dan Marco Simoncelli berakhir dengan bencana.


Pedrosa gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami kemalangan manakala Simoncelli dikenakan penalti oleh marsyal perlumbaan kerana ‘tunggangan berbahaya’ yang membuka ruang buat Dovizisio, Rossi dan Jorge Lorenzo berebut tempat di podium. 

Dalam kelas Moto2, penunggang 19 tahun yang juga juara 125cc musim lalu, Marc Marquez mencipta kemenangan pertamanya musim ini, diikuti penunggang Jepun, Yuki Takahashi manakala pendahulu kejuaraan, Stefa Bradl di tempat ketiga. 

Kelas 125cc pula menyaksikan penunggang Blusens Paris Hilton Racing, Maverick Vinales mencipta kejutan memintas pendahulu kejuaraan, Nicolas Terol di selekoh terakhir sebelum merakam kemenangan manakala penunggang Avant Air Asia Ajo, Efren Vazquez, ketiga. - Agensi 

No comments:

Post a Comment