Saturday 14 May 2011

Hampiri Liga Europa (15/05/2011)

LONDON: Liverpool yang pada satu ketika cemas berada empat mata di atas zon penyingkiran, terus bangkit sejak dikendali Kenny Dalglish dan kini di ambang menempah tempat ke Liga Europa ketika melayan kunjungan Tottenham yang juga mengimpikan tempat ke kejohanan sama musim depan. 

Kemenangan bagi Liverpool di Anfield hari ini, akan memadamkan sisa-sisa harapan Spurs kerana tidak akan boleh menghambat lagi Liverpool.


Berbekal prestasi memuncak sekarang - terbaru membenam Fulham 5-2 pada perlawanan terdahulu - dan dengan khabar gembira bahawa Dalglish, Khamis lalu menandatangani kontrak tiga tahun sebagai pengurus, Liverpool pasti mahu terus mengekalkan kecemerlangan terutama di depan penyokong sendiri.


Penjaga gol Liverpool, Jose Reina berkata, Liverpool mendapat khabar gembira apabila Dalglish menandatangani kontrak sebagai pengurus selepas menerajui secara sementara sejak 8 Januari lalu menggantikan Roy Hodgson. 

“Tempat kelima bukan seharusnya milik Liverpool, kita mensasarkan kedudukan lebih tinggi dan berharap musim depan kita berada pada posisi lebih baik. 

“Saya fikir Liverpool mengambil tindakan betul (mengambil Dalglish sebagai pengurus), kita akan dapat lihat perbezaannya, sebab itu kita optimistik mengenai masa depan.” - Agensi 

No comments:

Post a Comment