Sunday 22 May 2011

Mampu juarai EPL (23/05/2011)

LONDON: Roberto Mancini menegaskan Manchester City mampu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan sama ada dengan atau tanpa Carlos Tevez selepas bintang Argentina itu mendedahkan dia mahu meninggalkan kelab itu dan mencari cabaran baru. 

Ketika pengurus pasukan City itu tampak enggan menerima kegagalannya mengekalkan kapten pasukan itu, Mancini mengerti dengan pelaburan yang disediakan kelab dia mampu membentuk pasukan lebih mantap walaupun penyerang itu pergi.
Mancini berkata: “Kami boleh jual Carlos dan menang trofi kejuaraan. Ia boleh berlaku.”
“Saya ingin membeli pemain lain dan mengekalkan Carlos. Saya berkata mengenai minggu ini kerana saya fikir dia akan kekal dan saya tidak mengubah pendapat saya.” 

Penyerang Argentina itu menjadi nadi penting City apabila sudah menjaringkan 23 gol musim ini. Tetapi dia membuat kejutan dengan mendedahkan dia mahu meninggalkan Eastlands. 

Tevez berkata: “Saya mahu meninggalkan Manchester City. Saya dilayan dengan baik di sini dan saya gembira. Saya juga memberi yang terbaik untuk membantu kelab. Tetapi saya perlu mengubah senario.” - Agensi 

No comments:

Post a Comment