Monday, 16 May 2011

Mara ke final (16/05/2011)

Jumpa Nadal untuk tentukan juara Rome Masters 

ROME: Novak Djokovic mengekalkan rekod tanpa kalah 2011 dengan kemenangan epik tiga jam ke atas pilihan keempat, Andy Murray 6-1, 3-6, 7-6 (7/2) pada separuh akhir Masters Rome untuk menempah pertemuan dengan pemain nombor satu, Rafael Nadal, kelmarin.


Pemain nombor dua dunia itu mencatat kemenangan ke-36 berturut-turut tahun ini dan berdepan pemain nombor satu Nadal, yang menewaskan Richard Gasquet 7-5, 6-1 pada final, mengulangi pertembungan di Madrid yang dimenangi Djokovic minggu lalu.


Djokovic, yang bergelut dengan masalah kaki, mempamerkan semangat juang tanpa mengenal erti kalah walaupun Murray hanya dua mata daripada kemenangan dengan memegang servis 5-4 di set penentuan. 

Tetapi pemain Serbia itu mengakui dia perlu bergelut dengan masa untuk benar-benar cergas apabila menentang Nadal. 

“Saya lakukan apa yang terdaya, saya mempunyai pasukan terbaik yang mampu menyiapkan saya, tidak banyak masa tetapi nantikan bagaimana saya bermain,” katanya. 

“Sama ada saya cergas atau tidak, ia akan memainkan peranan penting, jadi nantikan sama ada saya sihat atau tidak (dalam final).” 
Walaupun tewas tiga kali kepada Djokovic tahun ini termasuk di gelanggang tanah liat kegemarannya di Madrid, Nadal menegaskan dia bukan pilihan pada final itu. - AFP 

No comments:

Post a Comment