Wednesday 18 May 2011

Tuai dua emas (19/05/2011)

SKUAD ‘robin hood’ paralimpik negara mencatat kejayaan membanggakan apabila membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam kejohanan sulung Piala Memanah APC di Bangkok Thailand. 

Muhammad Salam Sidik yang juga pemanah nombor satu dunia membuktikan kehebatannya apabila memenangi acara individu lelaki ARW2 apabila menewaskan Jung Young Joo dari Korea Selatan dengan kiraan mata 6-2.
Kecemerlangan Muhammad Salam tidak terhenti setakat itu apabila gandingannya bersama Hasihin Sanawi dan Mohd Zafi Rahman unggul dalam acara berpasukan dengan mengatasi cabaran kombinasi tuan rumah 197-177.


Sebutir perak pula diraih Nor Saadah Abdul Wahab apabila tewas kepada peserta Itali Elisabetta Minjo 0-6 pada final kategori individu wanita ARW2 dan gandingannya bersama Muhammad Salam dalam acara beregu campuran meraih gangsa selepas menundukkan pasangan Itali 118-120. 

Ketua jurulatih negara, Amirullah Ahmad, berkata kejohanan itu menjadi medan mengukur keupayaan pemanah negara menjelang Kejohanan Dunia di Itali, Julai ini yang juga saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paralimpik London 2012.

No comments:

Post a Comment