Thursday 19 May 2011

Tambah gaji van Persie (20/05/2011)

LONDON: Arsenal berhasrat menjadikan Robin van Persie pemain berpendapatan paling tinggi di kelab itu bersama-sama Cesc Fabregas. 

Penyerang Belanda, Van Persie, yang sudah meledakkan 21 gol sepanjang musim ini, berbaki dua tahun pada kontrak £70,000 (RM385,000) seminggu.
Tetapi kelab London utara itu kini mahu mengelakkan rundingan dengan pemain berusia 27 tahun itu memasuki musim terakhirnya dan mereka kini mahu menyamai perjanjian £90,000 (RM495,000) seminggu.


Rekod jaringan Van Persie membanggakan melihatkan dirinya hanya memulakan 25 perlawanan sepanjang musim yang dilanda kecederaan. Dia menyertai Feyenoord dengan nilai £2.75 juta (RM15.1 juta) pada 2004 tetapi difahamkan dia gembira beraksi di Liga Perdana Inggeris dan tidak berminat untuk berpindah. 

Arsenal sedang mencuba untuk menandatangani perjanjian baru buat pemain Perancis, Samir Nasri manakala Juventus difahamkan berminat dengan penyerang Nicklas Bendtner. - Agensi 

No comments:

Post a Comment