Saturday 21 May 2011

Guna dadah (21/05/2011)

Juara Olimpik Athens akui terbabit

NEW YORK: Pemenang pingat emas berbasikal Sukan Olimpik Athens, Tyler Hamilton yang dibenarkan menyimpan pingat emas yang dimilikinya meskipun gagal dalam ujian doping akhirnya membuat pengakuan mengejut menipu sambil menuduh beberapa lagi jaguh ternama dunia termasuk Lance Armstrong, melakukan perkara yang sama. 

Dalam wawancara yang akan disiarkan oleh “60 Minit” esok, Hamilton, menamatkan spekulasi beberapa tahun menafikan penggunaan dadah terlarang bagi meningkatkan prestasi dengan mengakui menggunakannya namun tidak keseorangan.
Penunggang berusia 40 tahun itu mendedahkan dia melihat dengan mata sendiri bekas rakan sepasukannya, Armstrong menyuntik dirinya sendiri dengan penggalak darah pada kejohanan Tour de France 1999 yang menyaksikannya muncul juara perlumbaan berprestij itu.


“(Armstrong) menggunakan apa yang kami semua guna... antaranya adalah EPO (erythropoietin)... testosterone... dan pemindahan darah,” kata Hamilton dalam rancangan yang akan diterbitkan stesen rangkaian televisyen CBS. “Saya nampak (EPO) dalam peti sejuknya. Saya sendiri melihat dia menyuntik dirinya lebih daripada sekali, sama seperti kami semua lakukan, seperti saya sudah lakukan banyak kali.” 

Armstrong, yang memenangi jelajah Tour de France tujuh kali sentiasa menyangkal menggunakan bahan terlarang dan sudah berkali-kali menafikan pelbagai tuduhan meskipun tidak pernah gagal dalam sebarang ujian penggunaan dadah. 

Peguam Armstrong, Mark Fabiani, memberitahu Reuters, kelmarin bahawa tuduhan mengenai anak guamnya itu tidak benar dan mengatakan ia sebagai satu cara buat Hamilton mencipta duit dengan menulis buku dan mengambil peluang wawancara 60 minit yang akan meningkatkan populariti buku terbitannya. - Reuters 

No comments:

Post a Comment