Sunday 22 May 2011

Gah takluki Peringkat 14 Jelajah Itali (23/05/2011)

MONTE ZONCOLAN (Itali): Pelumba Sepanyol, Igor Anton dari pasukan Euskaltel menakluki Peringkat 14 Jelajah Itali, kelmarin dengan rakan senegaranya, Alberto Contador (pasukan Saxo Bank) kekal menyarung jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan. 

Contador menamatkan perlumbaan hanya 33 saat di belakang Anton selepas mengharungi pendakian sukar pada 10.1 kilometer menuju ke garisan penamat, dengan pelumba Itali, Vincenzo Nibali di tempat ketiga pada perlumbaan yang berakhir dalam cuaca hujan. Anton memperbaiki kedudukan daripada tempat ketujuh ke tempat ketiga dalam senarai keseluruhan, 1 saat di belakang Nibali dan 3 minit 21 saat di belakang Contador, dan keriangan dalam perlumbaan yang disifatkannya sebagai “kejayaan paling indah”. “Saya teringat pernah melihat Zoncolan di kaca televisyen, kejayaan (Gilberto) Simoni, (Ivan) Basso,” katanya.

“Ada pelbagai risiko ketika melakukan serangan, dan saya mencabar diri sendiri. Anda perlu kekal fokus, menjaga jarak sementara melihat pelumba di belakang. 

“Pendakian itu juga sukar dan 5km menuju ke garisan penamat, saya tidak tahu di mana pesaing saya berada. Saya terpaksa berhumpas pulas dan kepuasan daripada kemenangan ini lebih manis.” Contador menambah: Saya sangat, sangat letih. Igor beraksi baik, dan bagi saya, saya hanya berfikir tentang kedudukan keseluruhan.” - AFP 

No comments:

Post a Comment