Thursday 19 May 2011

Mahkota hoki remaja (20/05/2011)

Pasukan UniKL, SSBP-TNB berentap kejar Piala Milo

FINAL Liga Hoki Remaja, esok pasti sengit berpandu kepada dua jagoan ternama - UniKL dan Sekolah Sukan Bandar Penawar-TNB (SSBP-TNB) masing-masing mempunyai misi sendiri selain mahu merangkul gelaran juara keseluruhan merebut Piala Milo, musim ini. 

Bagi bekas juara liga Divisyen Satu musim lalu, SSBP-TNB, mereka mahu mengakhiri musim ini dengan penuh bergaya memandangkan nama sekolah itu akan ditukarkan kepada nama baru - Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, mulai tahun depan.
Manakala, UniKL - selain mahu mengejar gelaran juara berganda musim ini dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan dipegang musim lalu, mereka juga mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sejak menyertai Liga Hoki Remaja, tahun lalu dengan penuh bermaruah.


Namun, bagi kedua-dua pasukan ini mereka tampak perlu berwaspada dalam mencongak strategi memandangkan masing-masing mempunyai ‘soalan bocor’ kerana kebanyakan pemain adalah berada dalam skuad projek 2013. 

“SSBP-TNB dan UniKL mempunyai ramai pemain daripada skuad Projek 2013 dan apa kelebihan yang ada kebanyakannya masing-masing sudah tahu. Apa pun gelaran juara akan memihak kepada pasukan yang bermain dengan baik nanti,” kata jurulatih SSBP-TNB, Wan Mohd Roslan. 

Begitupun, UniKL yang mempunyai penjaring terbanyak musim ini, Mohd Zulhairi Hashim (17 gol), tidak mahu terlalu bermain dalam keadaan tertekan sehingga menjejaskan rentak permainan seperti dalam pusingan suku akhir dan separuh akhir lalu. 

Juara keseluruhan akan membawa pulang Piala Milo di samping hadiah wang tunai RM20,000 manakala naib juara, RM10,000 dan RM7,000, ketiga. 

No comments:

Post a Comment