Saturday 14 May 2011

‘hilang selera’ (15/05/2011)

LONDON: Michael Schumacher kelmarin berkata, dia masih bermotivasi untuk berjaya dalam Formula Satu walaupun terdapat spekulasi baru-baru ini mengatakan dia sudah hilang minat dalam sukan yang didominasi oleh pelumba yang jauh lebih muda. 

Perbualan mengenai perkara itu menjadi hangat selepas Grand Prix Turki hujung minggu lalu, apabila pelumba berusia 42 tahun itu memberitahu BBC television bahawa ‘nikmat keseronokan’ sudah berlalu.


“Walaupun saya tidak gembira dengan hujung minggu saya di Turki, terdapat petunjuk jelas peningkatan kami sebagai satu pasukan,” kata juara tujuh kali itu dalam prebiu pasukan Mercedes GP menjelang Grand Prix Sepanyol minggu depan.


Pelumba Jerman itu berkata, peningkatan itu “tentu sekali melonjak dan menyemarakkan kembali motivasi menjadi lebih baik lagi. 

“Ia lebih daripada menggalakkan untuk menyaksikan usaha keras pasukan sudah mula menunjukkan hasil,” tambahnya. 

“Kami semua berazam untuk mencatat peningkatan.” 

Schumacher tidak menaiki podium sejak dia menamatkan tempoh persaraan tiga tahun pada tahun lalu dan peluangnya untuk menambah jumlah rekod kemenangan sebanyak 91 perlumbaan tampak semakin jauh dengan rakan senegara yang juga juara dunia, Sebastian Vettel dalam prestasi unggul bersama Red Bull. 
Pelumba Jerman yang lebih berusia menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 di Turki Ahad lalu, berlanggar di litar dengan pemandu Renault, Vitaly Petrov. Rakan sepasukannya, Nico Rosberg di tempat kelima. - Reuters 

No comments:

Post a Comment