Saturday 21 May 2011

Bakal buat banyak pertukaran (21/05/2011)

Perlawanan terakhir Manchester United berdepan Blackpool di Old Trafford, esok

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson bakal membuat banyak pertukaran pemain pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) esok ketika berdepan Blackpool di Old Trafford meskipun perlawanan itu akan memberi kesan besar kepada pasukan-pasukan yang bergelumang untuk menyelamatkan diri daripada penyingkiran. 

Bagaimanapun itu bagaikan tidak mempengaruhi Ferguson yang memiliki ramai pemain kebangsaan yang memang berkehendakkan diturunkan, selain pemain seperti Michael Owen dan Wes Brown yang mungkin akan membuat kemunculan terakhir di depan penyokong di Old Trafford.
Owen sendiri mengakui sesi latihan kini lebih terarah kepada pertembungan final Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Wembley 28 Mei ini.


"Pastinya kita bertanggungjawab kepada Liga Perdana untuk beraksi sebaik mungkin menentang Blackpool dan memenangi perlawanan itu,” kata Owen kepada MUTV. 

"Tapi saya berbohong jika saya mengatakan kita tidak menumpukan sebahagian latihan sekarang terhadap Barcelona. Banyak yang kita lakukan dalam latihan tertumpu kepada usaha menyekat mereka. 

“Malah saya bermain sebagai David Villa di sayap kiri ketika latihan untuk meniru cara Barcelona bermain. Kita mula membuat persiapan untuk perlawanan itu tetapi pastinya juga kita fokus kepada perlawanan menentang Blackpool, Ahad ini.'' 

Bagi Paul Scholes yang berusia 36 tahun, perlawanan di Old Trafford itu juga mungkin yang terakhir baginya beraksi di depan penyokong United kerana dia belum lagi membuat keputusan tawaran kontrak setahun oleh Ferguson. - Agensi

No comments:

Post a Comment