Wednesday 11 May 2011

Terpaksa lupakan Liga Juara-Juara (11/05/2011)

MILAN: Juventus bolos dua gol dalam tempoh seminit dan turut menyaksikan peluang untuk mara ke saingan Liga Juara-Juara berakhir selepas seri 2-2 dengan Chievo di tempat sendiri, kelmarin. 

Pasukan tangga ketujuh dari Turin itu berada lima mata di belakang Udinese, yang menghuni tempat kelayakan keempat dan terakhir Liga Juara-Juara dengan berbaki dua perlawanan, dan Juve masih belum dijamin aksi peringkat Liga Europa musim depan.


Juve berada pada kedudukan selesa selepas Alessandro Del Piero meraikan lanjutan kontraknya setahun dengan penalti pada minit ke-13, selepas rakan penyerang Alessandro Matri mengambil kesempatan pertahanan lemah untuk mendahului 2-0 menelang separuh masa kedua.


Chievo merapatkan jurang pada minit ke-68 apabila Fernando Uribe menguis dari jarak dekat dan mengikat kedudukan sejurus kemudian apabila Gennaro Sardo tenang menyempurnakan peluang dari penghujung kotak penalti hasil lantunan Sergio Pellissier yang terkena tiang. – Reuters 

No comments:

Post a Comment