Wednesday 11 May 2011

Hampiri 'Skuad Impian' (11/05/2011)

Samai kejayaan cemerlang pasukan bimbingan Cruyff pada awal 1990-an 

MADRID: Dengan Barcelona di ambang gelaran ketiga La Liga dan mara ke final Liga Juara-Juara, perbandingan dengan 'Pasukan Impian' bimbingan Johan Cruyff pada awal 1990-an tidak dapat dielakkan.


Barisan warga Belanda ketika itu yang menampilkan jurulatih sekarang, Pep Guardiola di bahagian tengah, menang empat gelaran liga domestik antara 1991 dan 1994, selain kejayaan Piala Eropah pertama kelab Catalan itu pada 1992 di Stadium Wembley — gelanggang sama yang bakal menyaksikan Barca bertemu Manchester United pada final Liga Juara-Juara, 28 Mei ini.


Apabila Barca bertemu pasukan tangga pertengahan Levante dalam La Liga hari ini, mereka berkemungkinan sudah mengesahkan gelaran andai Real Madrid gagal menewaskan jiran, Getafe di Bernabeu. 

Pemain tengah Sepanyol, Sergio Busquets, yang menyaksikan pergerakannya di seluruh padang dan hantarannya menjadi kunci utama kejayaan Barca, berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada pasukannya layak dibandingkan dengan kehebatan barisan Cruyff 20 tahun lalu. 

“Kami perlu menunggu lebih lama untuk mengetahui sama ada pasukan kami lebih baik atau tidak berbanding ‘Pasukan Impian’,” kata Busquets selepas kemenangan 2-0 dalam derby tempat sendiri menentang Espanyol, Ahad lalu. 

“Apa yang pasti, kami kini mendefinisikannya sebagai satu era, seperti yang dibuktikan dengan semua gelaran yang kami menang.” 
Pencapaian hebat Guardiola sepanjang mengetuai pasukannya adalah mengekalkan keghairahan memburu kejayaan dalam skuad yang sudah menang semua trofi yang dipertandingkan. - Reuters 

No comments:

Post a Comment