Thursday 12 May 2011

Lakar sejarah layak Liga Juara-Juara (12/05/2011)

MANCHESTER: Roberto Mancini boleh dilabel 'orang paling gembira' pada saat ini di atas kejayaan Manchester City mara ke peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Eropah buat julung kali dalam sejarah penyertaan mereka. 

Detik gemilang itu terhasil selepas City menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur, kelmarin dengan gol sendiri daripada penyerang lawan, Peter Crouch buat mengesahkan status selaku empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, musim ini.


Namun, dia pantas mengalih pandangan ke arah final Piala FA menentang Stoke City, Sabtu untuk memburu trofi utama yang pertama sejak 35 tahun dan ketika sama memberi amaran kepada anak didiknya usah mendabik dada atas kejayaan besar itu.


"Kami berhak kerana berada dalam kelompok empat teratas sepanjang musim ini," kata pengendali berbangsa Itali itu. 

"Sekarang tumpuan harus kepada usaha memenangi Piala FA, Sabtu ini. Saya bimbang pemain masih terawang-awang atas kejayaan ini kerana Stoke City bukan barisan remeh." 

Bagi Spurs ia harus keputusan mengecewakan dan kini harus berdepan Liverpool, Ahad ini untuk merebut tempat kelima bagi tiket ke Liga Europa. - Agensi 

No comments:

Post a Comment