Thursday, 12 May 2011

Congak skuad seimbang (21/05/2011)

Safee turut dipanggil kuatkan jentera serangan jumpa Hong Kong 

KETIADAAN seorang pun pemain skuad Olimpik negara dalam senarai skuad senior yang bakal menentang Hong Kong dalam siri persahabatan antarabangsa pada 3 Jun ini menyaksikan skuad kendalian K Rajagobal kali ini menampilkan wakil seimbang dari setiap pasukan Liga Super.


Antara tonggak utama skuad Olimpik yang tidak tersenarai ialah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan dan Rajagobal memilih Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu), Mohd Nasril Mat Nourdin (Perak) dan Syed Adney Syed Hussein (Sabah) bagi menjaga gawang negara.


Ketua jurulatih kebangsaan itu turut memanggil semula penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali yang kini beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC untuk bergandingan kembali dengan penyerang berbisa dari Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang kini menerajui senarai penjaring Liga Super. 

Beberapa pemain yang sebelum ini terlepas peluang menyarung jersi kebangsaan akibat kecederaan, turut disenaraikan Rajagobal. Mereka ialah Mohamad Azmi Muslim dan Baddrol Bakhtiar (Kedah), Mohd Nasriq Baharom (Selangor) serta S Chanturu (Kelantan). 

Antara muka baru bakal diuji Rajagobal ialah barisan pemain Terengganu - Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashari dan Abdul Hadi Yahya - yang bakal menemani Sharbinee dan Mohamad Ashaari Samsuddin dalam skuad kebangsaan. 

Mohd Farisham Ismail dari Kelantan turut diberi peluang membuktikan kemampuan sebagai persiapan menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan 29 Jun ini. 

No comments:

Post a Comment