Wednesday 11 May 2011

Paksa skuad 'abang' gigit jari (11/05/2011)

MAJLIS Perbandaran Muar (MP Muar) memastikan pasukan ‘abang’, Johor pulang hampa apabila menang tipis 1-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium JCorp, Pasir Gudang, petang semalam. 

MP Muar yang beraksi selaku tuan rumah mencemaskan Johor pada minit ke-15 menerusi sepakan deras S Harivarnam dari luar kotak penalti sehingga memaksa penjaga gol, Mohd Syamim Othman merebahkan badan untuk menepis bola keluar.


Sekali lagi tuan rumah mencemaskan kubu Johor pada minit ke-23 selepas Mohan R Azmi yang mengambil sepakan percuma tetapi Mohd Syamim bekerja keras melayangkan badan.


Pada babak kedua, Johor terus gagal memecah kebuntuan meskipun diberi sepakan penalti pada minit ke-89 apabila bola sepakan Adib Aizuddin Ab Latif ditampan Sani Anuar. 

MP Muar mengambil kesempatan itu untuk mencipta gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan apabila Muhamad Asyraf Mohd Al-Japri memperdaya pertahanan Johor dan merembat kencang menewaskan Mohd Syamim. 

No comments:

Post a Comment