Sunday 1 May 2011

Lakar kejayaan terbesar (01/05/2011)

MOHD Nafiizwan Mohd Adnan dinobatkan juara baru Kejohanan Skuasy Individu Asia Ke-16 selepas mengetepikan cabaran Ong Beng Hee dalam perlawanan akhir di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDSIC) di Bukit Dumbar, Pulau Pinang, semalam.

Nafiizwan yang juga pemain nombor tiga negara menang 11-7, 7-11, 11-7, 11-8 dalam tempoh 75 minit.
“Saya bersyukur dengan kemenangan ini selepas berhempas pulas dalam pertarungan yang sukar menentang pemain berpengalaman,” katanya.
Beng Hee, bekas pemain utama negara berkata, Nafiiswan layak meraih gelaran jaguh Asia pada edisi tahun ini berikutan persembahan konsisten dan mantap sepanjang kejohanan.

“Ya, dia (Nafiizwan) layak menang atas usahanya dan saya turut berbangga dengan persembahannya itu,” katanya.

Sementara itu, ratu skuasy negara, Nicol Ann David mencatat sejarah tersendiri dengan memenangi gelaran juara buat kali kelapan berturut-turut selepas mengetepikan pilihan kedua dari Hong Kong, Annie Au 11-3, 11-2, 11-5 dalam tempoh kurang 30 minit.

“Kemenangan ini amat bermakna dan saya berbangga memenangi kejuaraan ini sekali lagi dan berharap ia menjadi inspirasi untuk pemain pelapis negara meneruskan dominasi Malaysia. 
“Sokongan peminat juga menjadi faktor utama kepada kekuatan persembahan saya hari ini.” 

No comments:

Post a Comment