Saturday 14 May 2011

Kecundang lagi (15/05/2011)

Skuad Beng Hai akhiri cabaran di posisi corot Piala Sultan Azlan Shah

SKUAD hoki Malaysia menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah dengan nota pilu apabila tewas kepada Pakistan 3-2 dalam perlawanan terakhir, semalam - sekali gus menyudahkan di posisi tercorot kejohanan tujuh negara pada edisi kali ini. 

“Kami berjaya memberi tentangan sengit kepada Pakistan tetapi malangnya gagal menjaringkan gol. Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan pemain.


“Saya nampak banyak perkara positif dalam pasukan ini dan yakin pasukan berada di atas landasan betul ketika membuat persiapan menghadapi kelayakan Olimpik,” kata ketua jurulatih, Tai Beng Hai sejurus selepas tamat permainan


Dengan kemenangan bermakna ini Pakistan - juara Sukan Asia - akan menentang juara dunia, Australia dalam final di Stadium Sultan Azlan Shah, hari ini. 

Australia membuktikan kenapa mereka pasukan terbaik di dunia apabila membenam New Zealand 4-2 selepas mendahului 4-0 pada babak pertama untuk mengekalkan rekod tanpa kalah bagi mengungguli persada dengan 16 mata. 

Perlawanan akhir, malam ini sudah pasti akan digunakan Pakistan untuk menebus kehampaan dan keperitan ditumpaskan Australia 5-1 di pusingan awal pada 9 Mei lalu. 

Terdahulu, Korea Selatan meranapkan impian Britain ke final apabila mengalahkan pasukan ranking keempat dunia itu 3-1 buat mencari penawar duka selepas tewas kepada tuan rumah, kelmarin. 

No comments:

Post a Comment