Tuesday 26 July 2011

Nafi tuduhan Ferguson (26/7/2011)

LONDON: Penyerang Manchester City, Carlos Tevez menafikan dakwaan Sir Alex Ferguson bahawa dia tidak ditawarkan kontrak baru di Manchester United kerana dia merancang untuk bersara dalam tempoh empat tahun. 

Tevez meninggalkan United untuk menandatangani kontrak dengan seteru tetangga, Manchester City dalam satu perpindahan kontroversi pada 2009 dan Ferguson menegaskan semasa jelajah ke Amerika Utara ketika ini bahawa perpindahan itu dibenarkan hanya kerana pemain Argentina itu memberitahunya bahawa dia tidak merancang untuk kekal bermain bola sepak untuk tempoh yang lama.
Ferguson berkata: “Dia memberitahu kami pada masa rundingan itu bahawa dia akan hanya bermain bola sepak untuk tempoh empat tahun lagi, maka jika kami menandatanganinya untuk tempoh lima tahun dengan mengetahui dia hanya akan bermain untuk tempoh empat tahun saja lagi, dia kelak tidak akan ada lagi nilai untuk kami jual.”


Komen pengurus United itu membawa kepada wujudnya spekulasi terbaru bahawa Tevez mungkin bercadang untuk bersara daripada kembali ke City jika hasratnya untuk meninggalkan Eastlands tidak tercapai. 

Tevez mahu berpindah selepas dia semakin tidak gembira kerana keluarganya gagal menyesuaikan diri di Manchester dan kembali ke Argentina. – AFP 

No comments:

Post a Comment