Sunday 24 July 2011

Dahaga trofi tambahan (24/7/2011)

SESUDAH gelaran ketujuh Terbuka Malaysia sah menjadi miliknya, semalam, Nicol Ann David kini sudah menyahut cabaran menghadapi sai­ngan senior sulung pada Terbuka Australia, bulan depan ketika digamit jadual pertandingan yang padat. 

Dalam final di The Curve, pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan ranjau sukar apabila menewaskan Jenny Duncalf 11-6, 12-10, 11-5 dalam tempoh 42 minit untuk membawa pulang hadiah AS$11,400 (RM33,918) manakala lawan dari England itu menerima AS$7,800 (RM23,207).
“Saya amat gembira dengan kejayaan ini kerana berjaya memberi fokus untuk menang. Jenny bertindak hebat dan dia membuat saya bermain lebih baik,” kata Nicol yang akan mencecah usia 28 tahun, bulan depan.


Apapun, cabaran terdekat bagi­nya adalah Masters Singapura bernilai AS$53,000 (RM157,690) yang bermula Isnin ini sebelum melangkah ke Terbuka Australia pada 7 sehingga 14 Ogos ini yang menawarkan hadiah antara AS$74,000 (RM220,170) sehingga $150,000 (RM446,300). 

Ia adalah kejuaraan kali ketujuh dimenanginya sejak 2005. 

Sementara itu, pemain Perancis, Gregory Gaultie muncul juara menewaskan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-8, 11-3, 11-3 dan membawa pulang AS$8,075 (RM24,025). 

No comments:

Post a Comment