Tuesday 26 July 2011

Dia boleh cakap apa saja (26/7/2011)

‘Malaysia rugi tanpa Safiq’

PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric sama sekali tidak kecil hati dengan kenyataan kapten Malaysia, Safiq Rahim yang sebelum ini menyuarakan pasukan lawan itu hanya gah dengan kehadiran lima pemain natrulisasi. 

Sebaliknya, penyerang kelahiran Serbia berusia 41 tahun itu berkata itu hak Safiq untuk berkata apa sahaja. Dia tidak mahu memikir panjang mengenai perkara seumpama itu, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan penting, Khamis ini.
“Saya tidak marah dan saya menghormati pandangan dia. Anak saya orang Singapura dan dia (Safiq) boleh cakap apa saja,” katanya selepas sesi latihan di Pusat Latihan Maybank di Bangi, petang semalam.


“Ketiadaan dia adalah satu kerugian besar kepada Malaysia dan secara peribadi saya ingin beraksi dengannya di padang,” katanya. 

Sementara itu, kapten pasukannya, Shahril Ishak berkata, motivasi pasukan nyata membuak apabila berjaya mencatat kemenangan di laman sendiri. 

“Kami terasa sedikit tekanan untuk berkunjung ke Bukit Jalil kerana kehadiran 80,000 penyokong nanti. Tapi kami akan bersedia pada hari berkenaan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment