Wednesday 27 July 2011

Bukan lagi trofi biasa (27/7/2011)

Ferguson ghairah sahut cabaran ‘jiran yang bising’ saingan pembuka tirai EPL 2011-12

LONDON: Alex Ferguson sudah menjangkakan satu pertembungan sengit dalam perlawanan Perisai Komuniti, bulan depan menentang pasukan tetangga, Manchester City. 

Selepas tewas kepada lawan berkenaan dalam separuh akhir Piala FA di gelanggang sama, musim lalu hanya sifat ghairah mahu membalas dendam kian menyala pada Manchester United menjelang saingan 7 Ogos ini.
“Segala-galanya kini terarah kepada pertemuan dengan jiran kami yang bising itu. Ia pasti perlawanan menarik.


“Ia bukan satu Perisai Komuniti yang biasa untuk Manchester United.” 

Ferguson melabelkan City ‘jiran yang bising’ dua tahun lalu dan minggu lalu dia mendedahkan kelab lawan itu musuh baru mereka. 

Dia akan pastikan pasukan United akan lebih bersedia bertemu anak didik Roberto Mancini. 

Hari ini, United akan menentang MLS All-Stars – termasuk legenda Old Trafford, David Beckham dan Thierry Henry. 
kemudian perlawanan ulangan final Liga Juara-Juara dengan Barcelona di Washington, Sabtu ini dalam Jelajah AS yang terakhir. 

Fergie menambah: “Pada peringkat ini perlawanan akan menjadi lebih serius.” 
“Pasukan The MLS akan lebih kuat dengan David dan Thierry. Mereka hebat dan kami memerlukan perlawanan seperti ini.” – Agensi 

No comments:

Post a Comment