Wednesday 27 July 2011

60,000 tiket habis dijual (27/7/2011)

SEBANYAK 60,000 tiket bagi perlawanan kedua pusingan kedua Piala Dunia di antara Malaysia dan Singapura esok yang dijual di tiga stadium habis dijual. 

“Kita (FAM) memang menjangkakan sambutan begitu menggalakkan khususnya di kalangan peminat tempatan,” kata pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundaram.
Katanya, 25,000 tiket diagih-agihkan untuk jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan masing-masing 12,500 tiket lagi untuk dijual di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Stadium Shah Alam manakala 10,000 lagi menerusi talian online.


Sementara itu, waktu operasi perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel dilanjutkan sempena perlawanan berkenaan. 

Pengurus media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali berkata, perkhidmatan laluan LRT Ampang terus ke stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam manakala laluan LRT Kelana Jaya dan KL Monorel sehingga 1 pagi. 

No comments:

Post a Comment