Sunday 24 July 2011

Regu gegar berdua (24/7/2011)

Lelaki, wanita negara gah layak separuh akhir 

SENARIO sepak takraw tanah air memancar ceria, semalam apabila ke­dua-dua regu lelaki dan wanita gah mara ke separuh akhir kejohanan Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Stadium Titiwangsa selepas mudah menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir.
Apa yang menarik, kemena­ngan regu lelaki negara memberi petanda ada banyak kemungkinan akan bertembung dengan musuh tradisi, Thailand di perlawanan akhir, Isnin ini.


Dalam penentuan tiket ke final, petang ini Malaysia menentang Singapura manakala Thailand berdepan Myanmar. 

“Saya memberi peluang kepada semua pemain menyesuaikan keadaan bagi memastikan mampu menunjukkan aksi terbaik di separuh akhir nanti,” kata, jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun selepas tamat perlawanan, semalam. 

Dalam perlawanan awal, regu lelaki dianggotai Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azman Abdul Hamid, Farhan Adam, Muhamad Syazwan Husin dan Mohd Helmi Ismail hanya mengambil masa 29 minit mengetepikan Taiwan 3-0 sebelum tampil menewaskan Fili­pina dengan keputusan sama dalam suku akhir. 

Sementara itu, regu wanita negara mencipta sejarah kali ini selepas menewaskan Kemboja 3-0. 
Regu wanita dianggotai Noor Fairuz Azizan, Siti Norzubaidah Che Ab Wahab, Nurrasidah Abd Rashid, Noor Farhana Ismail dan Rahilah Harun akan berdepan Vietnam di separuh akhir manakala Thailand menentang China dalam satu lagi separuh akhir. 

No comments:

Post a Comment