Thursday 28 July 2011

‘serang’ KL (28/7/2011)

SOKONGAN terhadap skuad Harimau Malaya yang berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, bukan sekadar membabitkan penyokong setia di Lembah Klang apabila kelab penyokong The Red Warriors dari Kota Bharu, turut bersusah payah untuk ke Kuala Lumpur. 

“Kami bukan sekadar menyokong Kelantan tapi juga penyokong Harimau Malaya kerana semangat patriotik yang tinggi demi melihat kemajuan sukan ini di persada antarabangsa,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Red Warriors Kota Bharu, Mohd Zaini Mohd Zain.
Kelab penyokong berkenaan membawa lebih 100 penyokong dengan menggunakan kira-kira 20 kereta untuk memberi sokongan padu kepada barisan Malaysia yang berdepan Singapura dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.


Bagi penyokong fanatik Red Warriors, Othman Ibrahim, dia sanggup berhabis wang ringgit untuk hadir menonton dan memberi sokongan kerana ia turut membabitkan maruah negara. 

“Kami akan beri sokongan sepenuhnya kepada skuad Harimau Malaya supaya mereka memberi tentangan hebat kepada Singapura selepas ditewaskan 5-3 Sabtu lalu, dan berharap kejayaan berada di pihak kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment