Thursday 28 July 2011

Tiada sebab untuk tinggal United (28/7/2011)

LONDON: Dimitar Berbatov berkata, dia akan kekal di Manchester United kerana terpulang kepada pemain untuk memilih meninggalkan Old Trafford. 

Penyerang itu kehilangan tempatnya kepada Javier Hernandez musim lalu dan tambah memalukan, dia diketepikan daripada skuad United ketika kekalahan kepada Barcelona pada saingan final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley Mei lalu.
Sir Alex Ferguson berkata, dia tidak akan terkejut sekiranya Berbatov mahu meninggalkan United selepas episod itu, terutama selepas dia menamatkan musim lalu sebagai penjaring terbanyak kelab itu.


Namun, dalam satu temubual, Berbatov, 30, berkata meninggalkan United bukan satu pilihan kerana ia akan memberi gambaran penurunan mendadak dalam kariernya daripada peringkat tertinggi. 

“Manchester United adalah kelab di kedudukan teratas,” kata Berbatov semasa rehat ketika jelajah pra musim United ke Amerika Utara. 

“Kelab lebih kecil mungkin berupaya menyamai United dengan cara mereka bermain, pengurusan dan segala-galanya. 

“Namun, United berada di kedudukan teratas. Mana lagi anda boleh pergi dari situ? Selain menyertai kelab bawahan. Mungkin Barcelona. Buat masa ini, saya tidak nampak yang lain. Jika anda pergi ke tempat lain, ia adalah satu langkahan besar ke bawah. 
“Bagi saya, saya sentiasa mendaki ke atas dan terus ke atas dalam karier saya. Saya gembira.” 

Pemain Bulgaria itu mahu melupakan memori pahit di Wembley musim lalu dan berkata, berbanding kesedihan yang dialami itu, dia berbangga dengan sumbangan 20 gol yang dijaringkan ketika membantu United mencatat sejarah memenangi Liga Perdana Inggeris 19 kali. – Agensi. 

No comments:

Post a Comment