Tuesday 26 July 2011

Sneijder mampu ganti Scholes (26/7/2011)

Dia sesuai sertai United: Beckham

LONDON: David Beckham menyifatkan bintang Piala Dunia, Wesley Sneijder sebagai pemain paling sesuai untuk menggantikan Paul Scholes di Manchester United.

United sedang cuba mendapat Sneijder dari Inter Milan untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Scholes yang bersara selepas tamat musim lalu tetapi potensi urus niaga itu terhalang oleh yuran sebanyak lebih 35 juta pound (RM169.664 juta) yang diminta kelab Serie A itu.
Beckham memberitahu Mirror Sport: “Untuk menggantikan Scholes yang beraksi hebat, mereka perlu mendapat seorang pemain yang sangat istimewa.


“Banyak yang diperkatakan mengenai Sneijder dan dia seorang pemain berbakat, saya yakin dia amat bersesuaian untuk menyertai pasukan Manchester United.

“Tanpa ragu-ragu, dia mampu melaksanakan tugasnya di sana. Scholes adalah seorang daripada pemain yang ingin dicari penggantinya. Dia pemain yang mempunyai bakat hebat dan dia akan dirindui.”

Beckham yang akan berdepan bekas kelabnya, United di New Jersey esok, sebagai sebahagian daripada anggota pasukan barisan bintang MLS, juga tertarik dengan senarai pemain baru yang ditandatangani oleh Sir Alex Ferguson pada musim panas ini – terutama penjaga gol baru, David de Gea.

“Saya sudah menyaksikan mereka membawa masuk penjaga gol muda yang mempunyai pengalaman hebat beraksi dalam saingan La Liga,” kata Beckham. 
“Dia mempunyai ruang besar untuk dipenuhi kerana (Edwin) van der Sar sangat berjaya, tetapi saya percaya itu tidak akan menjadi satu masalah. Dia beraksi pada tahap yang bagus di Sepanyol dan marilah berharap dia akan beraksi dengan baik kerana United sentiasa memiliki penjaga gol yang bagus.” – Agensi 

No comments:

Post a Comment