Thursday 28 July 2011

Hidup mati (28/7/2011)

Harimau Malaya tiada pilihan kecuali menang selesa ke atas Singapura

KAMI sudah sedia! Itulah keyakinan diluahkan barisan Harimau Malaya menjelang misi hidup mati menentang seteru Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. 

Selepas tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, Harimau Malaya jelas tiada pilihan selain perlu menundukkan lawan sekurang-kurangnya 2-0 andai mahu impian besar mara ke pusingan ketiga buat julung kali, tercapai.
Dengan semua 85,000 tiket perlawanan habis terjual menjelang tengahari semalam, kehadiran penyokong setia Harimau Malaya membanjiri Stadium Nasional bukan saja menjadi senjata terbaik untuk menggerunkan lawan, tetapi turut meniup dan ‘membakar’ semangat anak buah K Rajagobal yang pasti turun dengan corak menyerang bagi mengatasi defisit dua gol.


“Pemain sudah sedia menyempurnakan misi (menewaskan lawan) dan komitmen mereka bagi menghadapi perlawanan esok (malam ini) cukup membanggakan. Apa yang penting, mereka perlu kekal fokus dan beraksi baik sepanjang perlawanan,” kata Rajagobal. 

No comments:

Post a Comment