Thursday 28 July 2011

Catat kerugian RM39.6 juta (28/7/2011)

MADRID: Barcelona mencatat kerugian yang lebih kecil daripada yang dijangka musim lalu dan yakin akan kembali mencatat keuntungan pada kempen 2011-12, selepas dua tahun mencatatkan keputusan kewangan defisit, kata naib presiden perhubungan ekonomi kelab itu, Javier Faus, kelmarin. 

Juara Sepanyol dan Eropah itu mencatat kerugian sebelum cukai 9.3 juta euro (RM39.6 juta) pada tahun kewangan berakhir Jun lalu, kurang separuh daripada 21.4 juta euro (RM91.2 juta) nilai kerugian yang dijangkakan dan kurang 83 juta euro (RM353.7 juta) berbanding setahun sebelum itu.
Memenangi Liga Juara-Juara Eropah, urus niaga tajaan baru kelab itu dengan Qatar Foundation, kehadiran ramai penonton ke stadium Camp Nou dan peningkatan kehadiran pelawat ke muzium kelab membantu mengurangkan jumlah kerugian, katanya.


Dalam laman web mereka, Barca menjelaskan penjualan Zlatan Ibrahimovic, Dmytro Chygrynskiy dan Martin Caceres dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga pembelian menyumbang kepada kerugian. – Reuters 

No comments:

Post a Comment