Sunday 13 November 2011

‘Yang penting tiga mata’ (rm6+with pork..)

SEPERTI diduga skuad bola sepak bawah 23 tahun negara tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasukan kerdil Kemboja 4-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan Sea sekali gus mencerahkan peluang merebut tiket ke separuh akhir.
Tiga mata yang diraih dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan itu membolehkan skuad juara bertahan kendalian Ong Kim Swee mengumpul tujuh mata sebelum membuat perhitungan terakhir menentang tuan rumah, Indonesia Khamis ini.

“Kami meraih keputusan yang baik. Pada separuh masa kedua kami agak leka sehingga dibolosi namun apa yang paling penting kami mendapat tiga mata yang cukup berharga.
“Banyak peluang yang dicipta gagal disempurnakan tapi dengan empat gol yang berjaya dihasilkan, ia menampakkan peningkatan.

“Saya akan teliti kekuatan Indonesia dan pemilihan pemain bagi perlawanan terakhir nanti bergantung kepada kecergasan pemain,” katanya. kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu, skuad negara yang diketuai Baddrol Bakhtiar ternyata menguasai permainan sepenuhnya sehingga memaksa Kemboja lebih banyak berkubu di kawasan sendiri.Malaysia membuka tirai jaringan di minit ke-8 selepas hantaran pemain sayap kanan, Yong Kuong Yong berjaya ditanduk masuk penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan.


Gol kedua menyusul pada m-35 apabila rembatan dari jarak kira-kira 35 meter Baddrol gagal diselamatkan penjaga gol, Sou Yaty.

Kapten negara itu menambah jaringan ketiga, empat minit kemudian menerusi sepakan penalti selepas Izzaq dikasari Sok Rithy dalam kotak penalti.

Bagaimanapun skuad Kemboja yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Tae Hoon Lee cuba bangkit pada babak kedua dengan menyumbat gol di m-59 menerusi serangan pantas, Chhin Chhoeun.

Namun pemain sayap kiri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria meledak gol keempat Malaysia selepas melencongkan bola ke gawang Kemboja di m-90.


No comments:

Post a Comment