Wednesday 9 November 2011

WMRT bakal ubah polisi (10/11/2011)

BADAN induk Jelajah Perlumbaan Kapal Layar Satu Lawan Satu Dunia (WMRT) bakal mengubah polisi jemputan pelayar yang bertanding untuk musim 2012 selepas berakhirnya Kejohanan Piala Monsun, siri terakhir jelajah dunia musim ini, di Pulau Duyong, pada 22 hingga 27 November ini.
Polisi baru itu yang diumum Ketua Pegawai Eksekutif WMRT, Jim O’Toole, di London, semalam, dijangka bakal memastikan siri jelajah pelayar profesional itu terus menarik minat pelumba terbaik dunia.

Katanya, terma polisi juga memberi jaminan kepada peserta yang layak untuk bertanding dalam sekurang-kurangnya lima sirkit dan mereka juga diberi pilihan untuk terus menerima kad jemputan bagi mengambil bahagian dalam siri jelajah dunia selama tiga tahun.
“Perubahan terpaksa dilakukan untuk memudahkan peserta merancang kalendar perlumbaan mereka di samping memudahkan pelumba mencari penaja.

“Untuk memudahkan pemegang kad jemputan menarik minat penaja melalui pulangan pelaburan, sebuah firma penilai bebas yang dilantik WMRT akan menyediakan laporan penilaian pembabitan setiap pasukan dalam siri jelajah dunia,” katanya.


No comments:

Post a Comment