Friday 11 November 2011

Waspada Kemboja (11/11/2011)

SELEPAS menjadikan juara 13 kali Sukan Sea, Thailand sebagai mangsa kebangkitan mereka, skuad Bawah 23 Tahun negara mula mencongak untuk memburu tiga lagi mata dalam pertemuan menentang Kemboja, Ahad ini bagi perlawanan ketiga Kumpulan A Sukan Sea Indonesia.
Malaysia kini berkongsi empat mata di tangga teratas kumpulan bersama Singapura namun tidak beraksi hari ini.

Bagi jurulatih negara, Ong Kim Swee, pasukannya perlu mencatat kemenangan ke atas Kemboja untuk membolehkan mereka sekurang-kurangnya sebelah kaki ke separuh akhir.
Bagaimanapun beliau tetap waspada dengan ancaman Kemboja biarpun lawannya itu kalah dua kali berturut-turut di tangan Indonesia (0-6) dan Singapura (1-2).

“Saya tidak akan mengambil mudah perlawanan dengan Kemboja, saya tidak boleh mengambil risiko menurunkan pemain simpanan.

“Perlawanan dengan Kemboja penting untuk kita memungut tiga mata yang saya anggap boleh meletakkan Malaysia melangkah sebelah kaki ke separuh akhir,” katanya yang ditemui selepas makan tengah hari bersama pasukannya di Jakarta semalam.

No comments:

Post a Comment