Thursday 24 November 2011

Villas-Boas ikrar pulih prestasi Blues (25.11.2011)

LEVERKUSEN: Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas berikrar untuk memulihkan prestasi pasukannya selepas The Blues tewas kepada Bayer Leverkusen 1-2 pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
Meskipun mendahului pada awal babak kedua, Chelsea akhirnya kecundang, kekalahan keempat daripada tujuh perlawanan dan kini perlu menewaskan Valencia untuk kekal dalam saingan di Liga Juara-Juara.

Tandukan pemain pertahanan Leverkusen, Manuel Friedrich pada minit ke-91 umpama satu cerita dongeng buat tuan rumah yang kini bukan saja mengungguli Kumpulan E malah layak ke pusingan kedua.
“Kami percaya pemain mampu melakukannya. “Yang penting adalah terus berjuang. Tugas saya untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pemain.

“Setakat ini semuanya lancar dan mereka amat berbakat, saya hanya perlu pikul tanggungjawab itu dan memimpin pasukan.

“Kami akan bermain dua perlawanan di laman sendiri dan perlu kekal fokus. Dalam keadaan sukar seperti ini, kami amat perlukan sokongan penyokong,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment