Tuesday 22 November 2011

Valencia sasar tiga mata (23/11/2011)

MADRID: Valencia akan turun pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi esok bertemu wakil Belgium, Genk yang sedar mereka perlu menewaskan Valencia untuk menghidupkan semula harapan layak ke pusingan kedua.
Valencia ketika ini menduduki tangga ketiga Kumpulan E dengan lima mata, satu mata di belakang Bayer Leverkusen dan ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Chelsea yang akan bertemu wakil Jerman itu pada satu lagi perlawanan.

Valencia pasti menyokong Chelsea untuk perlawanan terakhir dan berharap kelab London itu dapat menumpaskan Leverkusen bagi membolehkan mereka melonjak ke tangga kedua jika berjaya menewaskan Genk.
Wakil Belgium itu akan turun pada perlawanan terakhir dengan bekalan dua mata dan masih berpeluang melangkah ke saingan seterusnya jika mereka mampu menumbangkan Valencia.

Selaku tuan rumah, mereka perlu mengembalikan maruah selepas tewas kepada Real Madrid 3-2 pada Sabtu lalu.

Valencia kekal di tangga ketiga, tujuh mata ketinggalan di belakang Madrid dan tiga mata di belakang Barcelona di saingan La Liga.
Ketika ramai pihak masih bercakap mengenai perlawanan berkenaan, pertahan Valencia, Jeremy Mathieu sebaliknya tidak mahu memperkatakan mengenai perlawanan itu.

“Perlawanan bertemu Madrid sudah berakhir, kini kami perlu menumpukan perhatian kepada perlawanan bertemu Genk kerana ia amat penting pada pusingan kelayakan.
“Keadaan padang akan membuatkan tugas kami bertambah sukar, terutama apabila hujan lebat yang mungkin akan menjejaskan rentak permainan kami.” - AFP

No comments:

Post a Comment