Wednesday 9 November 2011

Toure tidak dapat gaji enam minggu (10/11/2011)

MANCHESTER: Manchester City mengenakan hukuman penggantungan gaji selama enam minggu ke atas pemain pertahanannya, Kolo Toure selepas pemain itu digantung kerana positif ujian dadah.
Toure memenuhi hukuman penggantungan selama enam bulan pada September lalu selepas gagal dalam ujian dadah awal tahun ini kerana mengambil pil diet isterinya.

City memulakan prosiding disiplin ke atas pemain antarabangsa Ivory Coast itu minggu lalu yang kemudiannya memutuskan untuk mengenakan hukuman denda.
“Hasil keputusan prosiding disiplin, Manchester City mengesahkan Kolo Toure didenda gaji enam minggu berikutan kegagalan ujian dadah awal tahun ini,” kata City menerusi satu kenyataan.

“Toure menerima keputusan itu. Dia serta pihak kelab bersetuju untuk menamatkan isu ini dan fokus kepada saingan musim ini.” - AFP

No comments:

Post a Comment