Friday 11 November 2011

Tercemar (12/11/2011)

PENTAS final menjadi milik skuad Projek 2013 selepas membelasah India 5-1 dan akan menentang Australia untuk menentukan kejuaraan pada Kejohanan Hoki Bawah 21 merebut Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, malam ini.
Bagaimanapun, insiden pergaduhan yang tercetus pada minit ke-10 mencemar perlawanan kedua-dua pasukan sehingga terhenti selama lima minit dan memaksa pengadil, Ben De Yound dari Australia melayangkan kad merah kepada pemain India, Talwinder Singh.

Walaupun beraksi 10 pemain, anak buah Mukesh Kumar Nandanoori bijak memecah kebuntuan pada minit ke-13 apabila Harpreet Singh menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti selepas mencuba buat kali kelima berturut-turut.
Kapten Muhammad Noor Faeez hampir menyamakan jaringan seminit kemudian namun bola tolakan hasil pukulan sudut penalti melepasi gawang gol India. Dia menebus kehampaan itu apabila menyamakan jaringan pada minit ke-18 hasil pukulan sudut penalti ketiga diraih skuad muda negara.

Bersambung babak kedua, anak buah Mohd Dharma Abdullah tampak menguasai perlawanan dan pada minit ke-45, gol yang dicari menjelma hasil pukulan sudut penalti Muhammad Noor yang melorongkan bola kepada Mohamad Izat Jamalludin yang menampan untuk menewaskan penjaga gol, Harmanpreet Singh.

Kesilapan benteng India mengeluarkan bola dari dalam kawasan D pada minit ke-57 memudahkan Mohamad Syamim Mohd Yusof yang tidak dikawal menolak bola ke gawang India bagi meletak skuad muda negara selesa 3-1.

Muhammad Noor meledak gol kedua peribadi pada minit ke-59 menerusi pukulan sudut penalti manakala Shazril Imran Nazli bijak mencuri peluang mencipta gol padang pada minit ke-61 untuk mengesahkan tempat ke final.

No comments:

Post a Comment