Sunday 13 November 2011

Tekad Baddrol (14/11/2011)

JARINGAN dua gol ketika membantu Malaysia menewaskan Kemboja 4-1 semalam belum cukup memuaskan hati penyerang, Baddrol Bakhtiar.
Sebaliknya dia bertekad untuk terus meledak dalam pertemuan terakhir Kumpulan A Sukan Sea Indonesia menentang tuan rumah, Khamis ini.

Baddrol yang memikul tugas sebagai kapten bagi penampilan keduanya selepas bersama skuad juara bawah 23 tahun negara di Laos dua tahun lalu berkata, semua pemain harus fokus dan konsisten dalam aksi penentuan kumpulan bagi memastikan slot ke separuh akhir dalam genggaman.
“Saya anggap tugas sebagai kapten ini sebagai satu cabaran dan tidak pernah berasa tertekan. “Setakat ini saya belum berpuas hati sebaliknya pasang tekad bersama rakan sepasukan untuk terus memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Indonesia,” katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.

Baddrol, menggegar gawang Kemboja yang dikawal Sou Yaty menerusi rembatan dari jarak 35 pada minit ke-35 sebelum menambah jaringan empat minit kemudian hasil sepakan penalti.

Malaysia turut meraih gol hasil percubaan Izzaq Faris Ramlan (m-8) dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (m-90).

anakala Kemboja berjaya membolosi gawang negara di m-59 menerusi serangan pantas, Chhin Chhoeun.

Baddrol yang kini mengumpul tiga gol selepas mencipta nama selaku penjaring ketika skuad kendalian Ong Kim Swee menang 2-1 ke atas Thailand mahu semua pemain mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam aksi seterusnya.

“Setiap pemain ada melakukan kesilapan, jadi kami perlu jadikan ia satu pengajaran dan tidak mengulanginya lagi,” katanya sebagai mengulas jaringan yang dihasilkan Kemboja.

No comments:

Post a Comment