Friday 25 November 2011

Tawaran lumayan (26.11.2011)

LONDON: Pendahulu liga Perancis, Paris St Germain membuat tawaran lumayan bagi memikat bekas kapten England, David Beckham (gambar) menyertai mereka bagi jangka pendek.
Akhbar Daily Mail melaporkan PSG yang dibeli pemilik baru dari Qatar pada musim panas lalu menjadi pilihan mendapatkan khidmat Beckham apabila pemain berusia 36 tahun itu mendedahkan yang dia dipikat ‘dua kelab besar Eropah’ selepas membantu LA Galaxy menjulang takhta MLS, minggu lalu.

Awal minggu ini, Pengarah Sukan PSG, Leonardo berkata, sudah menghubungi bekas bintang Manchester United serta Real Madrid itu yang akan tamat kontraknya pada hujung Disember ini.
Menurut akhbar itu, Beckham kini menimbang tawaran PSG itu untuk kontrak 18 bulan bernilai �11.6 juta (RM57.47 juta) dengan Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi menganggap pemain itu sebagai bintang yang boleh membantu kelab itu menjadi nama besar.

Beckham sebelum ini menolak kemungkinan kembali ke England apabila berkata dia tidak boleh memikirkan dirinya beraksi bersama kelab lain selain United.

PSG juga dikatakan sudah mengadakan perbincangan terperinci dengan wakil Beckham. PSG dilapor terdesak merangkul takhta liga pertama sejak 1994 selain melonjakkan profil mereka di seluruh dunia.
Tugas mendapatkan Beckham itu dipermudah apabila bekas pengurus AC Milan, Leonardo mempunyai hubungan baik dengan Beckham selepas pernah membimbingnya ketika dipinjamkan ke San Siro tahun lalu.

“Kami pasti gembir jika Beckham memikirkan tawaran ini,” Leonardo dipetik akhbar The Sun, awal minggu ini. “Dia masih boleh menyerlah di padang dengan kualiti pengalaman dimilikinya.” - AFP

No comments:

Post a Comment