Sunday 20 November 2011

Spurs tekad bersaing di Liga Juara-Juara (21/11/2011)

LONDON: Penolong pengurus Tottenham, Joe Jordan menekankan kepentingan kelab untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara, musim depan.
Kemampuan Spurs ke saingan berkenaan musim lalu membolehkan mereka menjana keuntungan sebanyak 42 peratus dan Jordan berkata, ia membolehkan kelab itu mendapatkan beberapa pemain terbaik.

Dan dia percaya menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik di Liga Perdana Inggeris akan meyakinkan pemain seperti Gareth Bale dan Luka Modric bahawa Spurs boleh memenuhi impian setiap pemain.
Jordan yang menjangkakan Harry Redknapp akan kembali bertugas pada pertemuan dengan Villa selepas dijangka pulih daripada pembedahan jantung berkata: “Liga Juara-Juara memberi keuntungan besar kepada kami.

“Banyak manfaat kepada kami jika kembali ke saingan Liga Juara-Juara kerana kami mempunyai pemain berpotensi untuk beraksi di saingan ini serta dapat memikat beberapa pemain baru yang berpotensi.

“Saya juga yakin fakta sudah membuktikan betapa lumayan jika kami layak beraksi di saingan Liga Juara-Juara.
“Kami mempunyai pasukan dan kelab yang bagus dari semasa ke semasa. Kami perlu kembali memberikan cabaran untuk mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara.” - AFP

No comments:

Post a Comment