Tuesday 22 November 2011

Shirokov yakin jinak APOEL (23/11/2011)

RUSSIA: Pemain tengah Zenit St Petersburg, Roman Shirokov menganggap juara Cyprus, APOEL Nicosia sebagai pasukan belasahan menjelang saingan kemuncak peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Shirokov lantang meramalkan kemenangan bakal memihak pasukannya dan menyatakan, juara Russia itu bakal melakukan kejutan ke atas APOEL yang mengungguli Kumpulan G pada perlawanan kedua terakhir, hari ini.

“Kami kini mampu digelar sebagai pasukan pilihan,” katanya sejurus selepas Zenit menewaskan pasukan Ukraine, Shakhtar Donetsk 1-0 dan kekal di tangga kedua dengan tujuh mata selepas empat perlawanan. Mereka hanya ketinggalan satu mata di belakang APOEL.
“Kami mempunyai baki satu lagi perlawanan di laman sendiri iaitu menentang APOEL yang mencipta kejutan pada kejohanan musim ini.

“Kami perlu menang dan layak mengesahkan tiket ke pusingan kedua.

“Sepatutnya kami menang pada perlawanan pertama di Cyprus tapi gagal melaksanakannya kerana terlalu banyak melakukan kesilapan.
“Saya harap kami tidak mengulangi kesilapan sama kali ini,” katanya.

Pemain antarabangsa Russia itu menyebabkan peminat Spartak Moscow berang apabila membuat komen negatif di laman sosial Twiiternya baru-baru ini. “Hey, tahniah atas kekalahan itu, anda memang layak kalah,” katanya selepas Zenit menundukkan seterunya itu 3-0. - Reuters

No comments:

Post a Comment