Tuesday 22 November 2011

Semua pencapaian amat bernilai (23/11/2011)

KONTINJEN negara di Jakarta mungkin hanya menyumbang 29 pingat emas daripada keseluruhan 59 emas dimenangi negara pada temasya Sukan Sea ke-26.
Namun Chef de mission Datuk Naim Mohamad menganggap pencapaian di Jakarta boleh dikatakan lebih bernilai terutama dengan kejayaan pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara mempertahankan ‘ibu segala emas’ dimenangi dua tahun lalu di Vientiane, Laos.

Malaysia mengalahkan tuan rumah Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan 120 minit berakhir seri 1-1. Ia mengulangi pencapaian mempertahankan emas pada 1979 juga di Jakarta.“Kejayaan bola sepak amat hebat. Mereka mengatasi pelbagai rintangan berdepan ejekan dan cemuhan peminat fanatik tuan rumah.
“Secara keseluruhan, penyertaan atlet kontinjen negara pada temasya kali ini amat memuaskan,” katanya mengulas s pencapaian kontinjen negara di Jakarta yang meraih 29 emas berbanding 30 di Palembang.

Berbasikal (tujuh), bowling (lima), karate (empat), wushu (tiga), pencak silat (tiga), memanah (dua), lawan pedang (dua), renang perairan terbuka (dua) dan bola sepak (satu) hadir daripada penyertaan 21 sukan di Jakarta.

Daripada jumlah itu, Naim berkata hanya tiga sukan - futsal, shorinji kempo dan ping pong - tidak menyumbang sebarang pingat buat kontinjen negara di ibunegara Indonesia itu.
“Pelayaran dan ekuestrian tidak menghantar skuad utama kerana mereka mungkin memberikan tumpuan untuk layak ke Sukan Olimpik.

“Badminton pula, kerana kita menampilkan skuad remaja, memang kita tidak menjangkakan mereka akan pulang dengan pingat emas.
“Memanah, karate, silat, bowling, berbasikal, wushu, lawan pedang dan renang perairan terbuka semuanya menyempurnakan tugasan mereka dengan menakjubkan. Saya tidak boleh meminta yang lebih daripada mereka,” katanya semalam.

No comments:

Post a Comment