Friday 11 November 2011

Semangat Noraseela (11/11/2011)

ATAS kertas, jaguh 400 meter negara, Noraseela Khalid dilihat tidak berdepan masalah malah menjadi pelari pilihan mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Sea Indonesia ke-26.
Penyandang rekod kebangsaan 56.02s semakin bersemangat untuk turun beraksi malah tidak mahu menjadikan alasan kecederaan achilles kaki kanannya sebagai satu alasan.

“Kecederaan saya masih belum pulih 100 peratus, tapi ia semakin baik dan apa yang pasti saya akan tetap berlari.
“Saya sangat berharap dan menaruh harapan yang tinggi untuk mengekalkan pingat emas dan semoga pingat emas akan sekali lagi di bawa pulang emas ke Malaysia,” katanya.

Biarpun sedar setiap kali adanya pencabar baru dalam acaranya itu, Seela yang merangkul tiga emas dalam satu perak sepanjang empat penyertaan di Sukan Sea sebelum ini tidak akan memandang rendah pencabarnya.

“Setaip kali pasti ada pendatang baru dalam acara ini. Mereka semua tidak boleh dianggap mudah kerana macam-macam boleh berlaku pada hari pertandingan namun saya juga berharap kehadiran mereka dapat memberikan saingan,” katanya.

Sukan Sea Indonesia adalah penyertaan kelima atlet berusia 32 tahun itu. Dia berjaya membawa pulang tiga emas pada temasya 1999, 2003 dan 2009 manakala perak diperoleh pada 2001.

Rekod kejohanan acara itu dipegang oleh atlet Thailand, Reawadee Srithao dengan catatan 56.78s.

No comments:

Post a Comment