Monday 14 November 2011

Ronaldo optimis (15/11/2011)

LISBON: Selaku kapten pasukan bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo optimis aksi berani rakan seangkatannya pada perlawanan sukar di Zenica minggu lalu, menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menewaskan Bosnia di laman sendiri, hari ini untuk layak ke Euro 2012.
Keputusan seri itu membuka laluan luas buat dua pasukan itu tapi Portugal yakin aksi di laman sendiri akan memihak kepada mereka. Portugal mendakwa padang becak di Stadium Bilino Polje menyekat peluang mereka untuk mendominasi perlawanan.

“Itu bukan rumput, kami seolah-oleh bermain di gelanggang yang dipenuhi sayuran, amat becak hingga sukar mencipta peluang,” kata Ronaldo.
Jaguh dunia termahal yang baru saja meraih anugerah Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak Eropah minggu lalu tampil sebagai pemain paling bahaya sepanjang perlawanan berlangsung tapi aksinya tersekat atas faktor padang teruk.

“Kini pasukan memiliki peluang kedua menebus kejayaan di depan penyokong sendiri, dengan padang yang baik, kami yakin menang.

“Portugal adalah pasukan pilihan dan perlu tampil hebat untuk buktikan sebagai yang terbaik,” katanya lagi.

Portugal yang pernah muncul naib juara Euro 2004 berada di landasan tepat merebut tiket ketujuh berturut-turut ke kejohanan antarabangsa berprestij itu.

Perlawanan hari ini mampu menyaksikan Bosnia melangkah buat kali pertama ke perlawanan utama itu sebagai negara bebas, sekiranya mereka meraih kemenangan mahupun seri.

“Semua pasukan melalui tempoh sukar masing-masing tapi kami berjaya melakukan yang terbaik di saingan kelayakan setakat ini meskipun gagal meraih satu mata di Denmark. Kini, saya percaya pasukan akan menang,” kata Ronaldo.

Sementara itu, Bosnia turut berharap untuk beraksi di padang yang menepati cita rasa mereka.

“Mungkin Portugal memandang remeh kemampuan kami dan menganggap kami mudah untuk ditundukkan. Hakikatnya tidak. - Reuters

No comments:

Post a Comment