Monday 14 November 2011

Republik Czech dijangka layak buat kali kelima (15/11/2011)

PRAGUE: Belum beraksi tapi Republik Czech sudah sedia melangkah ke Kejohanan Eropah buat kali kelima berturut-turut apabila turun bertemu Montenegro di pusingan kalah mati, hari ini. Rep Czech optimis bakal merebut tiket itu selepas selesa mendahului perlawanan pertama 2-0, minggu lalu.
Jaringan disumbang Vaclav Pilar dan Tomas Sivok memberi kemenangan 2-0, sekali gus meletakkan Rep Czech yang pernah muncul naib juara pada 1996 dan ketiga pada 2004 sebagai pasukan pilihan ke Poland dan Ukraine, musim panas depan.

Jurulatih, Michal Bilek memuji kemenangan penuh gaya anak buahnya namun tetap tidak memandang remeh lawannya terutama ketika beraksi di gelanggang lawan. Ketua pasukan, Tomas Rosicky (gambar) menjangkakan pasukannya berdepan situasi sukar umpama neraka.
“Kami bakal berdepan perlawanan sukar di Montenegro kerana mereka biasanya bermain dengan baik di laman sendiri, terutama dengan laungan kuat dan padu penyokong tuan rumah.

“Penting buat kami menjaringkan gol di perlawanan kedua juga,” katanya Rep Czech turun tanpa pemain tengah, Tomas Hubschman yang digantung serta tanpa pemain pertahanan, Roman Hubnik meskipun dia sudah melepasi tempoh penggantungan. - AFP

No comments:

Post a Comment