Friday 11 November 2011

Portugal gusar (11/11/2011)

PARIS: Pusingan kelayakan Euro 2012 akan berlangsung awal pagi esok dengan Portugal berdepan tugas sukar di Zenica.
Jadual pusingan pertama kalah mati Euro 2012 menyaksikan Portugal bertemu Bosnia-Herzegovina, Ireland bertemu Estonia, Republik Czech menentang Montenegro dan Croatia bertemu Turki.

Penyerang Portugal, Nani akan membuat penampilan ke-50 apabila turun bertemu Bosnia iaitu pasukan sama yang ditewaskan mereka pada pusingan kelayakan kalah mati Piala Dunia tahun lalu. Tewas pada final di Lisbon pada 2004, Portugal berusaha untuk melangkah ke saingan Euro buat kali kelima berturut-turut.
Jurulatih, Paulo Bento memanggil semula pertahanan Real Madrid, Pepe dan Fabio Coentrao sementara penyerang, Hugo Almeida dan Danny turut kembali ke dalam skuad selepas terlepas dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Jurulatih Bosnia, Safet Susic berharap dapat menumpaskan lawan mereka yang turut dibarisi Cristiano Ronaldo.

“Pasukan kali ini amat berbeza berbanding dua tahun lalu,” katanya.

“Kami mempunyai pemain tengah yang mampu untuk memberi masalah kepada sesiapapun. Kami turut mempunyai Edin Dzeko yang menjadi antara penyerang terbaik dunia ketika ini.” - AFP

No comments:

Post a Comment