Wednesday, 9 November 2011

Perancis beraksi tanpa kelibat Nasri (10/11/2011)

CLAIREFONTAINE (Perancis): Pemain tengah Perancis, Samir Nasri menarik diri daripada perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat (AS) dan Belgium selepas mengalami kecederaan.
Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengumumkan, pemain tengah Manchester City itu cedera di bahagian lutut hingga terpaksa disisihkan dari skuad menentang AS dan Belgium. Kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Stade de France.
Bagaimanapun, Nasri bukan pemain tunggal yang menimbulkan masalah buat jurulatih Laurent Blanc.
“Kami mempunyai masalah lain. Kecederaan lutut sememangnya rumit dan dialaminya ketika menentang Arsenal,” kata Blanc, sejam selepas Nasri menarik diri.
Pemain tengah Newcastle United, Yohan Cabaye dan penyerang Olympique Marseille, Loic Remy pula cedera pangkal paha manakala pemain sayap Chelsea, Florent Malouda cedera di paha.
“Kami akan kaji situasi itu dan menilai sama ada kami perlu mengukuhkan skuad,” kata Blanc yang turut mengesahkan Eric Abidal akan bersama skuad hari ini selepas mencapai kata sepakat bersama jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Di bawah perjanjian itu, Abidal akan diletakkan di bangku simpanan ketika saingan Piala Raja-raja sebelum menyertai skuad Perancis.
“Namun dia tidak akan beraksi apabila Perancis menentang AS,” kata Blanc.
Perancis meneruskan persediaan menghadapi saingan Euro 2012 dengan pertemuan persahabatan menentang Jerman di Bremen pada Februari. - Reuters

No comments:

Post a Comment