Monday 21 November 2011

Penyokong tuan rumah biadap (22/11/2011)

KAMI sudah bersedia. Bersedia untuk menempuhi apa saja pada malam ini (semalam) biarlah di boo penonton tuan rumah tapi hati kami tetap bersemangat demi Harimau Muda. Pasukan bola sepak kita pasti boleh.
Ajar mereka dan tunjukkan kepada mereka siapa lebih hebat. Keangkuhan penonton tuan rumah perlu diajar kerana mereka begitu biadap. Saya hanya mampu bersabar mendengar kutukan yang dilemparkan. Ketika saya menonton perlawanan antara Malaysia dan Vietnam kedengaran seorang bercakap “biar saja mereka (Malaysia) menang nanti jika ketemu di final, mereka (Malaysia) kalah nanti pasti mereka akan bilang mereka sudah menang sama kita (Indonesia) masa di peringkat kumpulan.” Panas saja hati ini dan saya berharap sangat skuad negara menang. Tapi mujur saya di perantauan jika di Malaysia pastinya mereka akan kenal langit itu tinggi atau rendah.

Jika penonton Indonesia melaungkan lagu semangat iaitu ‘Garuda di dada ku’ tapi Harimau tetap pilihanku.
Mafla Malaysia yang dibawa rakan media pasti menjadi rebutan demi menyokong Harimau Muda yang akan bertarung dengan garuda. Sebab hanya mafla itu saja yang dibawa ke Palembang.

Kita lihat siapa akan juara biarpun ketika penulisan ini dibuat, saya tidak tahu emas itu milik siapa tapi harapan saya cukup besar dan hanya berdoa demi kejayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee.

Begitupun saya ingin memohon maaf seandainya terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang menulis dalam kolum ‘bisa ngomong' kerana ini adalah yang terakhir sebelum berangkat kembali ke tanah air.

No comments:

Post a Comment