Friday 11 November 2011

Penyokong setia Blue Samurai disaran kurangkan sorakan (11/11/2011)

TOKYO: Penyokong setia bola sepak Jepun diberi amaran supaya mengurangkan nada sorakan mereka untuk mengelak daripada berdepan masalah apabila skuad Blue Samurai bertemu seteru utama, Korea Utara pada pusingan kelayakan Piala Dunia, minggu depan.
Penyokong skuad Jepun diminta tidak menggunakan pembesar suara serta memukul dram di Stadium Kim-II-Sung pada perlawanan di Pyongyang, Selasa ini kata Nishitetsu, penyelaras agensi perjalanan dan logistik untuk skuad Jepun.

Bendera kebangsaan Jepun serta kain rentang juga tidak digalakkan dibawa masuk ke stadium untuk mengelak daripada berdepan masalah lebih besar, menurut agensi itu.
“Kami akan berkunjung ke negara yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun. Jika ada perkara yang tidak diingini berlaku, kita tidak boleh membuat aduan kerana tiada kedutaan Jepun untuk membantu,” kata Takeshi Kumai, salah seorang pegawai agensi itu. “Kami percaya penyokong Jepun memahami situasi ini,” katanya yang turut meminta penyokong tidak memaparkan sebarang perkara yang berkaitan dengan politik. - AFP

No comments:

Post a Comment