Sunday 20 November 2011

Pengajaran diaib (21/11/2011)

SWANSEA: Sir Alex Ferguson percaya kekalahan memalukan Manchester United yang dibolosi enam gol di tangan Manchester City memberi kesedaran kepada mereka.
Gol tunggal Javier Hernandez pada separuh masa pertama memastikan United meraih kemenangan berharga di Swansea City sekali gus menyaksikan kelab yang baru naik ke Liga Perdana Inggeris itu mencatat kekalahan pertama di gelanggang sendiri.

Swansea mempunyai banyak peluang, terutama menerusi Scott Sinclair tapi kegagalan pemain itu mencari penyudah terbaik menyaksikan kelabnya mengakhiri perlawanan dengan keputusan mengecewakan.
Tiada riak kecewa di wajah Ferguson, sebaliknya beliau gembira dengan kemenangan itu untuk membolehkan anak buahnya terus mengejar pendahulu, Manchester City.

Perlawanan bertemu Manchester City menyedarkan kami semula,” kata Ferguson. “Sejak beberapa tahun lalu, benteng pertahanan menjadi antara penyumbang kejayaan kami. Malah saya sendiri fikir pemain pertahanan beraksi dengan baik.

“Swansea adalah pasukan yang bagus dan sering memenangi bola. Menentang pasukan seperti Swansea, anda perlu lebih fokus setiap masa.
“Beberapa minggu lalu, ramai yang mengkritik benteng pertahan kami dan kami mengambilnya sebagai satu pengajaran bermakna.” - AFP

No comments:

Post a Comment